Mural pokok 3D


Mural pokok 3D. Niat dihati memang nak buat mural pokok pun di Kelas Pendidikan Khas SK Sampadi. Niat tersebut di simpan sampai lah satu masa ni....

Search gambar mural pokok.. Akhirnya Hana terjumpa mural pokok yang unik. Ok set Hana nak buat macam ni..
Prasekolah SK Lanhang
Mohon Hana pinjam gambar ni untuk di buat contoh :)

Hana pun memulakan lukisan Hana. Susah juga sebab nak lukis pokok yang besar sampai ke syiling. Lukis satu hal. Nak warnakan lagi.huhu Fikir punya fikir.. tak jadi nak buat sampai ke syiling.  Asal ranting pokok dah sentuh syiling pun dah ok :P


Proses mewarna of couse Hana di bantu oleh 2 orang murid Hana. Yang bahagian batang besar tu murid Hana yang warnakan. Bab warnakan ranting dan touchup tu kerja Hana. Selepas siap mewarna baru perasan, bahagian bawah pokok nampak kecil berbanding bahgian atas.. Dah Hana kena adjust bagi besar balik bahagian bawah tu T_T

     

Keesokan harinya. pokok Hana ni dah di tumbuhi daun :P  Daun ni daun plastik. Nak lekat pakai gam pistol tapi soket kat kelas Hana tak berfungsi T_T Terpaksa pakai doubleside tape. Macam lekat tak lekat je. Kalau daun ni berguguran pandai-pandai Hanalah nanti

    

Hana ambil masa 3 hari untuk siapkan pokok ni. Hari pertama lukis, Hari ke dua warna dan hari ketiga tampal daun

Lepas siap mural pokok ni..

Sesi menampal BBM yang sesuai kat pokok ni. Gambar-gambar haiwan yang Hana buat semasa praktikum di guna pakai. Cuma perkataan mengikut suku kata tu Hana kena buat semula

Dah siap. Untuk memeriahkan lagi pokok ni Hana gantungkan papan hasil kerja murid

Teringin juga nak merimbunkan lagi daun pokok ni tapi tu lah. Kalau di rimbunkan jadi serabut pula

P/s: 3D yang tak tahan tu.heheh

6 orang dah komen :

Unknown said...

pandai hana melukis rupanya ya . klu sis , mesti byk kali padam lakaran ... nice .

Nik Ainaa said...

wah, kreatif! ^^

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik. Pandai anak murid dan cikgu yang buat.

Unknown said...

cantik nya..mesti bebudak suka tengok..pokok ni..:)

Unknown said...

kreative and cantik....nampak 3D nya tu...

lynndamya said...

Salam, haha alahai itulah yg bestnye klw jd cikgu cm hana ni, dpt hias2 kelas dgn murid2 semua, mmg kreatif dan seronok kan :D cantik pokok..hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...